Pendedahan Portfolio Emas
Wahed memilih untuk melaburkan wang anda ke dalam ETF Tradeplus Shariah Gold Tracker (“Dana”). Dana ini melabur 95% daripada asetnya kepada bar emas yang dibeli daripada yang pembekal yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association.
Kami telah merumuskan beberapa faktor risiko untuk pertimbangan anda. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami sendiri prospektus Dana.
Risiko Khusus Dana
-
Turun naik Harga Bar Emas - Seperti mana-mana pelaburan, bar emas yang dipegang oleh Dana akan terdedah kepada turun naik harga pasaran emas.
-
Risiko Bekalan - Bar emas yang dipegang oleh Dana dibekalkan oleh pembekal tunggal sahaja.
-
Perbelanjaan Dana - Bar emas yang dipegang akan dijual pada harga emas semasa untuk membayar perbelanjaan Dana.
-
Risiko Mata Wang - Mata wang asas Dana adalah USD manakala Dana didagangkan di pasaran sekunder dalam MYR.
-
Pengurusan Pasif - Dana melabur dan memegang bar emas secara pasif. Tiada perdagangan aktif dilakukan untuk Dana.
-
Perlindungan Insurans - Perlindungan insurans untuk bar emas yang dipegang oleh Dana bergantung kepada apa-apa perlindungan insurans yang diperoleh oleh pihak Kustodian.
-
Risiko Kustodian - Terdapat risiko yang berkaitan dengan pihak kustodian seperti insolvensi, akses kepada bar emas yang dipegang, liabiliti terhad, limitasi sumber dan limitasi pemantauan ke atas Kustodian.