Lembaran Pendedahan Produk

Version: 25 Januari 2022

1. TENTANG WAHED TECHNOLOGIES SDN. BHD.

Wahed Technologies Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Wahed Robo Advisors Sdn. Bhd.) (“Wahed” atau “Syarikat”) adalah anak syarikat kepada Wahed Inc., penasihat kekayaan Shariah automatik yang pertama di dunia. Wahed bertujuan untuk menyediakan penyelesaian portfolio berpelbagaian yang berkos rendah dan beretika kepada pelabur Islam dan pelabur beretika di seluruh dunia. Teknologi proprietari Wahed telah direka dan dipertingkatkan untuk memudahkan penggunaan, aksesibiliti dan skalabiliti global. Wahed telah mengenal pasti potensi pasaran yang besar untuk platformnya; memandangkan pelabur semakin mencari peluang pelaburan yang telus dan beretika. Wahed beroperasi di ruang Teknologi Kewangan (FinTech), di mana operasinya bergantung kepada infrastruktur dan teknologi algoritma untuk menetapkan peruntukan portfolio dan menjana keuntungan.

2. BAGAIMANA WAHED BERFUNGSI

Wahed menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan automatik, dengan memaksimakan pulangan pelaburan bersih selaras dengan toleransi risiko individu pelanggan. Syarikat akan menyasarkan pelabur yang memerlukan instrumen pelaburan yang patuh Shariah. Syarikat akan menawarkan perkhidmatannya di Malaysia dengan pelaburan minima sebanyak RM 100. Syarikat akan menawarkan pelbagai portfolio dengan pelbagai sasaran pulangan. Setiap portfolio melabur di pelbagai kelas aset untuk memaksimakan faedah kepelbagaian. Semua sekuriti yang digunakan dalam proses pemilihan portfolio ditinjau secara berkala oleh Jawatankuasa Pelaburan Syarikat, ahli profesional pelaburan dan dipantau secara berkala oleh Lembaga Penilaian Shariah.

Wahed akan memanfaatkan keupayaan teknologi dan operasinya untuk menawarkan pelanggan kos yang lebih rendah dan skop manfaat pelaburan yang luas. Falsafah pelaburannya telah membolehkan Syarikat untuk mensasarkan pelbagai pelabur, selain daripada individu nilai bersih tinggi dan korporat. Lembaga Penilaian Shariah Syarikat akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua sekuriti yang dipertimbangkan mematuhi prinsip Islam.

3. PENGGUNAAN PRINSIP SHARIAH

Wahed menjalankan aktiviti pengurusan dananya selaras dengan Prinsip Shariah Wakalah. Wahed atau Syarikat (wakil) akan dilantik sebagai ejen Pelanggan (muwakkil) untuk menjalankan aktiviti berkaitan pelaburan bagi pihak Pelanggan.

4. CADANGAN NILAI DIGITAL

a) Model perniagaan digital

Wahed menyediakan penyelesaian pelaburan digital yang membolehkan rakyat Malaysia rata-rata melabur dengan yakin dalam sekuriti patuh Shariah pada kos yang berpatutan dan dengan lebih banyak kemudahan.

Tanpa sebarang caj jualan terdahulu, kos yang rendah bermula daripada 0.79% dan kemudahan pendaftaran, pemantauan pelaburan, deposit dan jual balik semua dilakukan atas talian, Wahed menjimatkan masa pelabur yang berharga, dan yang paling penting mengurangkan kos yang biasanya perlu dibayar untuk melabur dalam pelaburan alternatif. Wahed juga tidak mempunyai tempoh terkunci - deposit dan jual balik boleh dilakukan pada bila-bila masa.

b) Perkhidmatan berpaksikan pengguna

Pelanggan adalah teras kepada perkhidmatan Wahed. Aplikasi web Wahed telah direka secara khusus untuk penggunaan pelanggan. Wahed juga telah menjalankan ujian kepenggunaan secara dalaman di mana ahli pasukan terpilih akan menggunakan aplikasi kami secara harian, mengumpul maklum balas dan menambahbaik aplikasi dengan sewajarnya. Wahed mengambil masa 1-3 bulan membuat ujian dalam kumpulan tertutup sebelum melancarkan sebarang aplikasi.

Wahed juga menitikberatkan ketelusan. Syarikat menawarkan pendedahan penuh di laman web dan semua dokumen yang berkaitan pelanggan boleh dicapai secara umum di laman utama Wahed.

Di samping itu, Wahed melihat keperluan untuk terus mendidik orang ramai tentang kewangan Islam dan pelaburan Islam. Oleh itu, Syarikat telah mula mencipta kandungan dengan kerjasama para sarjana kewangan Islam terkenal di dunia. Aktiviti ini akan terus dilakukan sehingga kandungan-kandungan tersedia ada disatukan di 'Knowledge Hub' dan boleh dicapai secara umum di laman web kami. Wahed juga akan melibatkan para sarjana Malaysia untuk mencipta kandungan dalam Bahasa Melayu untuk mendidik orang ramai tentang faedah kewangan Islam.

(c) Cadangan pelaburan automatik

Dalam platform digital Wahed, pelabur bermula dengan menjawab beberapa soalan berkaitan toleransi risiko. Soalan-soalan awal bertumpu kepada matlamat pelaburan, keperluan kecairan, dan tempoh masa pelaburan serta tahap keselesaan risiko. Dengan menggunakan Teori Portfolio Moden (Modern Portfolio Theory), pendekatan Wahed mengoptimakan portfolio pelabur dengan pelaburan patuh Shariah yang menawarkan pulangan yang terbaik untuk risiko yang terendah.

Kategori pelaburan yang luas termasuk ekuiti global, ekuiti pasaran berkembang, ekuiti Malaysia, REIT (dana hartanah), komoditi dan pendapatan tetap. Melalui pelaburan daripada kategori ini, peratusan pelabur dalam kelas aset tertentu ditentukan mengikut kategori risiko mereka. Kategori risiko termasuk:

Contohnya, portfolio yang sangat konservatif akan memiliki 15% ekuiti, 72.5% pendapatan tetap, 5% emas (komoditi), 5% REIT (dana hartanah) dan 2.5% tunai.

Sebagai syarikat pengurusan pelaburan digital atau penasihat robo, Wahed juga akan mengimbangi semula portfolio pelanggannya. Kekerapan pengimbangan semula ditentukan oleh beberapa faktor. Sekiranya matlamat atau toleransi risiko pelabur berubah, portfolio akan diimbang semula. Aset akan diimbang semula apabila dana ditambah atau dijual balik daripada akaun. Perubahan besar dalam volatiliti pasaran mungkin merangsang pengimbangan semula. Portfolio juga boleh diimbang semula jika ada penyimpangan yang besar dari pulangan yang dijangkakan pelanggan.

5. METODOLOGI PELABURAN

Wahed menggunakan Teori Portfolio Moden (MPT) untuk mengenal pasti portfolio optimum bagi setiap pelanggan. Harry Markowitz dan William Sharpe memperkenalkan MPT, yang menjurus kepada mereka memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1990. Pada masa ini, MPT adalah rangka kerja yang paling luas untuk mengurus portfolio pelaburan berpelbagaian. Walaubagaimanapun, teori ini tidak bebas daripada batasan, terutamanya dalam bidang senario penurunan ketara yang sangat rendah kebarangkaliannya.

Ia telah diperhatikan bahawa pulangan boleh dimaksimakan di seluruh peringkat risiko dengan menggabungkan kelas aset yang berbeza dan bukannya sekuriti individu. Wahed pada mulanya akan mengenalpasti satu kumpulan luas kelas aset yang pelbagai sebelum mencipta portfolio.

Setiap kelas aset dinilai berdasarkan tingkah laku sejarah jangka masa panjang dalam senario ekonomi yang berlainan, profil pulangan risiko yang dikonseptualisasikan dalam teori penghargaan aset, dan jangkaan tingkah laku berdasarkan corak sekular jangka masa panjang dan keadaan persekitaran makroekonomi. Penilaian selanjutnya diberikan dalam perkara berikut:

Pasukan pengurusan pelaburan Wahed telah mereka perkhidmatan untuk menyediakan setiap pelanggan portfolio yang unik dan dipelbagaikan melalui penggunaan kelas aset yang mempunyai korelasi yang rendah terhadap satu sama lain, dan disesuaikan untuk toleransi risiko setiap pelanggan.

Wahed membuat pelaburan dengan orientasi ekuiti untuk memaksimakan pulangan jangka panjang. Syarikat akan sentiasa memantau dan mengimbangi portfolio secara berkala untuk meningkatkan pulangan pelaburan jangka panjang.

Untuk maklumat tambahan mengenai pemilihan sekuriti, sila rujuk kepada “Kertas Putih Metodologi Pelaburan” di Lampiran A.

6. KELAS-KELAS ASET

Setiap kelas aset diwakili oleh Dana Didagangkan Bursa (ETF) yang patuh Shariah dan berkos rendah, atau kumpulan sekuriti terpilih. Jika tiada ETF untuk kelas aset tertentu, Wahed akan memilih sekuriti, dana atau instrumen yang boleh memberi prestasi yang hampir serupa dengan kelas aset tersebut. Jadual berikut menunjukkan senarai kelas aset dan sekuriti yang berkaitan yang telah dipilih untuk tujuan pelaburan.

Kelas Aset Keterangan
Ekuiti Global Pendedahan global merangkumi pasaran A.S. dan pasaran global ex-A.S.

Pendedahan pasaran A.S mengukur prestasi semua saham tersenarai besar dan sederhana yang patuh Shariah. Kelas aset ini membantu pelabur untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan jangka panjang pasaran A.S.

Pendedahan global ex-A.S memberi pelabur akses kepada syarikat patuh Syariah utama daripada pasaran maju dan pasaran membangun kecuali A.S. Syarikat- syarikat ini juga telah ditapis untuk memastikan ia memenuhi standard tertinggi ESG (Environmental, Social and Governance) atau standard Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
Ekuiti Pasaran Membangun Ini memberi pendedahan kepada Pasaran Membangun dan China Saham-A.

Pasaran Membangun memberi pelabur pendedahan pelaburan terus ke dalam syarikat daripada pelbagai pasaran membangun seperti Taiwan, India, Korea Selatan, Arab Saudi, Brazil dan pelbagai lagi. Pendedahan sektor yang ketara adalah IT, tenaga dan bahan-bahan.

China Saham-A membolehkan pelabur mendapat pendedahan ke dalam ekonomi China, pasaran kedua terbesar di dunia dan untuk menerima manfaat daripada peningkatan berterusan ekonomi tersebut yang akan dipacu oleh industri kepenggunaan dan perkhidmatan.
Sukuk Intipati Sukuk adalah untuk menyediakan instrumen beretika untuk pelaburan yang tidak melibatkan riba’ (faedah) dan gharar (ketidakpastian) yang berlebihan. Ia merupakan keutamaan pembiayaan ekuiti. Pemegang Sukuk mempunyai pemilikan atas aset dasar dan berhak untuk mendapatkan hasil daripada aset Sukuk, tidak seperti pemegang bon yang hanya layak untuk menerima hasil faedah daripada penerbit bon. Sukuk mesti disokong oleh aset dan tanpa faedah.
REIT Tempatan Aset kelas in memberi pendedahan kepada Real Estate Investment Trusts patuh Shariah di Malaysia (i-REIT). Pelaburan ke dalam i-REIT memberi peluang untuk menjana pulangan, penagihan pendapatan sewa dan kenaikan modal.
Emas Komoditi sebagai kelas aset mempunyai korelasi yang rendah dengan pasaran saham dan bon. Pada masa ini, hanya emas yang dipilih untuk mewakili kelas aset komoditi. Emas memberi potensi untuk peningkatan modal jangka panjang dan bertindak sebagai pelindung inflasi.
Pasaran Wang Pendedahan ke dalam pasaran wang bertujuan untuk memberi kecairan jangka pendek dan pendapatan, sementara menjaga stabiliti modal dengan melabur ke dalam portfolio diversifikasi instrumen pasaran wang Islam.

7. RISIKO-RISIKO TERLIBAT

Semua pelaburan membawa risiko. Kemungkinan pulangan pelaburan dan risiko kehilangan wang adalah berbeza bagi setiap kelas aset kerana strategi yang berlainan membawa tahap risiko yang berlainan bergantung kepada campuran aset dasar. Aset-aset yang berpotensi untuk memberi pulangan jangka panjang yang tertinggi (seperti saham) juga mempunyai risiko kehilangan wang dalam jangka pendek.

Risiko-risiko penting adalah seperti berikut:

Risiko politik

Kebanyakan pelaburan mempunyai komponen global, termasuk saham domestik. Peristiwa politik di mana sahaja di dunia mungkin mempunyai akibat yang tidak diduga ke atas pasaran dunia.

Risiko Pelaburan Luar Negara termasuk Pasaran Berkembang.

Pelaburan asing melibatkan risiko yang lazimnya tidak berkaitan dengan pelaburan tempatan, dan risiko-risiko itu boleh menjadi lebih buruk lagi di negara-negara pasaran berkembang. Risiko ini mungkin termasuk antara lain, turun naik yang merosot dalam nilai mata wang asing, serta perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang menjejaskan satu atau lebih negara asing. Di samping itu, pelaburan asing mungkin melibatkan maklumat yang kurang umum dan pasaran tinggi volatiliti dan kurang cair, terutamanya dalam pasaran yang mengurus sekuriti-sekuriti kecil, mempunyai kerajaan yang tidak stabil, atau melibatkan industri yang terhad. Pelaburan di negara asing boleh terjejas oleh faktor-faktor yang tidak wujud di Malaysia, seperti sekatan untuk menerima hasil pelaburan dari negara asing, undang-undang cukai asing atau keperluan pegangan cukai, prosedur pelepasan perdagangan atau penyelesaian yang unik, dan kemungkinan kesulitan dalam menguatkuasakan obligasi kontrak atau peraturan undang-undang lain yang menjejaskan perlindungan pemegang saham. Perakaunan asing mungkin kurang telus daripada amalan perakaunan Malaysia dan peraturan asing mungkin tidak mencukupi atau tidak teratur.

Risiko Umum Pasaran.

Pasaran boleh, secara keseluruhan, naik atau turun pada pelbagai siaran berita atau tanpa sebab yang boleh difahami sama sekali. Ini kadang-kadang bermaksud bahawa harga sekuriti tertentu boleh naik atau turun tanpa sebab sebenar, dan mungkin mengambil masa untuk pulih ke nilai asal. Menambah sekuriti tidak membantu meminimakan risiko ini kerana semua sekuriti mungkin terjejas oleh turun naik pasaran.

Risiko Mata Wang.

Pelaburan luar negera adalah tertakluk kepada turun naik nilai mata wang asing berbanding mata wang negara asal pelaburan itu. Ini juga dirujuk sebagai risiko kadar pertukaran.

Risiko Pengawalselian.

Perubahan undang-undang dan peraturan daripada mana-mana kerajaan boleh mengubah nilai syarikat tertentu dan sekuriti yang berkaitan. Industri tertentu lebih mudah terdedah kepada peraturan kerajaan. Perubahan zon, struktur cukai atau undang-undang memberi kesan kepada pulangan atas pelaburan ini.

Risiko Cukai Berkaitan dengan Perdagangan Jangka Pendek.

Pelanggan perlu ambil perhatian bahawa Wahed boleh melibatkan diri dalam transaksi dagangan jangka pendek. Transaksi ini boleh menyebabkan keuntungan atau kerugian jangka pendek untuk tujuan cukai, yang mungkin dikenakan cukai pada kadar yang lebih tinggi daripada strategi jangka panjang. Wahed berusaha untuk melaburkan aset pelanggan dengan cara yang efisien, tetapi semua pelanggan dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat profesional cukai mereka mengenai transaksi dalam akaun pelanggan.

Risiko Berkaitan dengan Tempoh Pelaburan.

Sekiranya pelanggan memerlukan Wahed untuk melikuidasi portfolio semasa tempoh di mana harga aset-aset adalah rendah, pelanggan tidak akan merealisasi seberapa banyak potensi nilai yang dimiliki kerana pelaburan itu mempunyai peluang untuk mendapatkan semula nilainya, seperti yang sering dialami dalam pasaran pelaburan, atau jikalau Wahed dapat melabur semula pelaburan pelanggan dalam aset-aset yang lain.

Risiko Kuasa Pembelian.

Risiko kuasa beli adalah risiko nilai pelaburan pelanggan akan menurun apabila harga barang naik (inflasi). Nilai pelaburan itu sendiri tidak merosot, tetapi nilai relatifnya akan turun. Inflasi boleh berlaku untuk pelbagai sebab yang kompleks, termasuk ekonomi yang semakin meningkat dan peningkatan bekalan wang.

Risiko Perniagaan.

Risiko ini dikaitkan dengan industri tertentu atau syarikat tertentu dalam industri. Sebagai contoh, syarikat penggalian minyak bergantung kepada carian minyak dan kemudian penapisan minyak tersebut, satu proses yang panjang, sebelum mereka dapat menghasilkan keuntungan. Mereka membawa risiko keuntungan yang lebih tinggi daripada sebuah syarikat elektrik, yang menjana pendapatannya daripada aliran pelanggan yang membeli elektrik tidak kira apa persekitaran ekonomi.

Risiko Kecairan.

Kecairan adalah keupayaan untuk mudah menukar pelaburan ke dalam wang tunai. Sebagai contoh, Bil Perbendaharaan (Treasury Bills) sangat cair, berbanding pasaran hartanah. Sesetengah sekuriti sangat cair manakala yang lain adalah sangat kurang cair. Pelaburan yang tidak cair membawa risiko lebih tinggi kerana kesukaran untuk menjualnya.

Risiko Kewangan.

Pinjaman berlebihan untuk membiayai operasi perniagaan mengurangkan risiko keuntungan, kerana syarikat harus memenuhi syarat-syarat kewajibannya dalam waktu yang baik dan buruk. Semasa tempoh tekanan kewangan, ketidakupayaan untuk memenuhi obligasi pinjaman boleh mengakibatkan kemuflisan dan / atau penurunan nilai pasaran.

Risiko Kelalaian.

Risiko ini berkaitan dengan keupayaan sebuah syarikat untuk membayar hutang mereka. Penilaian yang disediakan oleh beberapa perkhidmatan penarafan membantu mengenal pasti syarikat-syarikat yang mempunyai risiko kelalaian yang tinggi. Kerajaan Malaysia dikatakan bebas daripada risiko ini.

Risiko Penasihat.

Tidak ada jaminan bahawa penilaian, model, atau keputusan pelaburan Wahed tentang sekuriti atau kelas aset tertentu semestinya memberi hasil yang diharapkan. Keputusan pelaburan Wahed mungkin terbukti salah, dan pelanggan mungkin tidak dapat mencapai objektif pelaburan. Wahed juga boleh membuat perubahan di masa depan kepada algoritma dan perkhidmatan pelaburan yang disediakannya. Di samping itu, adalah mungkin bahawa pelanggan atau Wahed sendiri mungkin mengalami kegagalan peralatan komputer, kehilangan akses internet, virus, atau peristiwa lain yang mungkin menjejaskan akses kepada perkhidmatan berasaskan perisian atau berasaskan web Wahed. Wahed dan wakilnya tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pelanggan untuk kerugian melainkan disebabkan oleh Wahed melanggar tugas atau melanggar kontrak.

Risiko Dana, termasuk Penilaian Aset Bersih dan Penjejakan Ralat.

Melalui program Yuran Menyeluruh (Wrap Fee), Wahed mengutamakan pengesyoran sekuriti tersenarai, termasuk Dana Didagangkan Bursa (ETF) dan dana-dana lain.

Prestasi ETF mungkin tidak sepadan dengan prestasi indeks atau penanda aras pasaran yang digunakan untuk mencipta ETF tersebut kerana (i) ETF akan menimbulkan perbelanjaan dan kos urus niaga yang tidak ditanggung oleh mana-mana indeks atau penanda aras pasaran yang berkenaan; (ii) sekuriti tertentu di dalam penanda aras indeks atau pasaran yang dijejaki oleh ETF boleh, dari semasa ke semasa, tidak dapat digunakan secara sementara; dan (iii) penawaran dan permintaan di pasaran untuk ETF dan / atau untuk sekuriti yang dipegang oleh ETF boleh menyebabkan saham ETF diperdagangkan pada harga premium atau harga diskaun berbanding nilai aset bersih sebenar sekuriti yang dimiliki oleh ETF. Strategi sesetengah ETF atau dana-dana lain mungkin dari semasa ke semasa melibatkan pembelian pendapatan tetap, komoditi, sekuriti asing, Resit Depositari Amerika (American Depositary Receipts), atau sekuriti lain di mana nilai transaksi dan kadar komisen boleh menjadi lebih tinggi dari biasanya dikenakan untuk sekuriti ekuiti yang diperdagangkan, dan yang mana sebut harga pasaran atau penilaian mungkin terhad atau tidak tepat.

Pelanggan perlu sedar bahawa setakat pelaburan dalam ETF atau dana-dana lain, pelanggan akan terdedah kepada yuran pelbagai peringkat - yuran yang dikenakan oleh Wahed dan sebarang bayaran pengurusan yang dikenakan oleh penerbit ETF atau dana-dana lain. Senario ini boleh menyebabkan kos penasihat yang lebih tinggi (dan berpotensi mengurangkan pulangan pelaburan) daripada jika pelanggan membeli ETF atau dana-dana lain secara langsung.

ETF atau dana-dana lain kebiasaannya melibatkan perbelanjaan tertanam yang boleh mengurangkan nilai aset bersih dana, secara langsung mempengaruhi prestasi dana dan secara tidak langsung mempengaruhi prestasi portfolio pelanggan atau indeks penanda aras indeks. Perbelanjaan dana mungkin termasuk yuran pengurusan, fi kustodian, komisen pembrokeran, caj penebusan awal dan yuran perundangan dan perakaunan. ETF dan perbelanjaan dana-dana lain mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara penerbit ETF / dana. Penjejakan ralat dan perbelanjaan ETF mungkin berbeza dari semasa ke semasa.

Risiko Pelaburan Besar.

Pelanggan mungkin secara kolektif menyumbang sebahagian besar nilai pelaburan dalam aset tertentu. Sekiranya banyak Akaun membeli atau menjual beberapa atau semua pelaburan tertentu di mana pelanggan memegang sebahagian besar pelaburan tersebut, ini boleh memberi kesan yang buruk kepada nilai pelaburan tersebut.

Senarai risiko yang terdahulu tidak dianggap sebagai penghitungan lengkap atau penjelasan mengenai keseluruhan risiko yang terlibat dalam Pelaburan. Oleh kerana strategi pelaburan Wahed berkembang dan berubah dari semasa ke semasa, pelanggan mungkin tertakluk kepada faktor risiko tambahan yang berbeza. Tiada jaminan boleh dibuat bahawa keuntungan akan tercapai atau kerugian yang besar tidak akan ditanggung.

8. STRUKTUR YURAN SYARIKAT

Syarikat memberi tumpuan kepada penyediaan akses pelaburan patuh Shariah dengan kos yang berpatutan untuk memastikan pelabur Islam dan beretika tidak mempunyai beban kewangan.

Pelanggan Syarikat dikenakan caj berdasarkan konsep Yuran Menyeluruh berstruktur. Yuran Menyeluruh adalah caj komprehensif yang dikenakan oleh Syarikat kepada pelanggan terhadap bungkusan perkhidmatan, termasuk nasihat dan penyelidikan pelaburan, dan perkhidmatan broker. Oleh kerana bayaran langsung dikenakan, proses pembayaran bagi kedua-dua penasihat dan pelabur adalah mudah.

Yuran Menyeluruh kami dikenakan atas dasar aset di bawah pengurusan (asset under management atau “AUM”) bagi setiap pelanggan dan ianya bermula dari 0.39% hingga 0.79% setahun dari nilai bersih Akaun Pelanggan atau yuran minimum sebanyak RM 2.50 sebulan bagi Pelanggan yang mempunyai 2 atau lebih portfolio yang aktif dan didanakan. Struktur Yuran Menyeluruh adalah seperti dibawah:

Bagi seseorang Pelanggan yang melabur ke dalam 1 portfolio yang aktif dan didanakan*:

Yuran AUM
0.79% setahun RM 100.00 – 499,999.00
0.39% setahun RM 500,000 dan ke atas

* Tiada yuran minimum bulanan

Bagi seseorang Pelanggan yang melabur ke dalam 2 atau lebih portfolio aktif dan didanakan^:

Yuran AUM
0.79% setahun RM 100.00 – 499,999.00
0.39% setahun RM 500,000 dan ke atas

ATAU

Yuran minimum sebanyak MYR 2.50 sebulan

^ Bagi seseorang Pelanggan yang mempunyai 2 atau lebih portfolio yang aktif dan didanakan, Yuran Menyeluruh yang dikenakan adalah 0.79% atau 0.39% setahun dari nilai bersih Akaun Pelanggan, atau RM 2.50 sebulan, yang mana lebih tinggi. Bagi tujuan pengiraan yuran, portfolio yang tidak aktif tidak akan diambil kira dalam menentukan samada Pelanggan akan dikenakan yuran minimum.

“Portfolio aktif dan didanakan” bermaksud nilai portfolio yang mempunyai RM 100 dan keatas.

“Portfolio tidak aktif” bermaksud nilai portfolio yang mempunyai RM99.99 dan kebawah.

Jadual berikut menunjukkan sumber pendapatan dan caj masing-masing:

Sumber Pendapatan Cara Penjanaan Pendapatan Caj
Yuran Menyeluruh Dibayar bulanan berdasarkan AUM pelanggan 0.39% – 0.79% setahun
ATAU
Yuran minimum sebanyak MYR2.50 sebulan

Wahed adalah penasihat pelaburan "yuran sahaja". Wahed tidak akan mengambil atau menerima pampasan lain secara langsung atau tidak langsung. Ini adalah untuk memastikan ketelusan yang lengkap kepada pelanggan.

Caj Perkhidmatan Penukaran Mata Wang

Semua deposit, pengeluaran and pemindahan dana antara portfolio kepada dana denominasi matawang asing didalam Portfolio Bertema (seperti yang ditakrifkan dibawah) akan dikenakan bayaran caj sebanyak satu peratus (1%) daripada amaun yang akan dilaburkan ke dalam dana.

"Portfolio Bertema" bermaksud portfolio ini dilabur dalam jangka masa panjang yang diharapkan dapat mengaut keuntungan dari perubahan ekonomi makro. Portfolio mungkin dilabur dalam kelas aset tunggal dan mungkin tidak mempunyai faedah kepelbagaian.

9. WAHED FTSE USA SHARIAH ETF (HLAL)

Kelas Aset Ekuiti A.S diwakili oleh Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL), ETF yang disenaraikan di Nasdaq yang diuruskan oleh syarikat sekutu kami, Wahed Invest LLC ("Wahed Invest") menggunakan pendekatan "pengurusan pasif" (atau pengindeksan) untuk mencari mengesan keseluruhan prestasi pulangan, sebelum yuran dan perbelanjaan. Ketelitian wajar dilakukan oleh Wahed Invest untuk memastikan bahawa struktur, pelaburan dan operasi HLAL memenuhi syarat Nasdaq. Harap maklum bahawa tidak ada urus niaga langsung antara Syarikat dan Wahed Invest yang terlibat dalam pemerolehan HLAL dan semua transaksi dilakukan berdasarkan jangka panjang di mana Syarikat akan membeli dan menjual saham HLAL melalui broker pihak ketiga dengan harga pasaran. HLAL menawarkan kepelbagaian pelanggan kepada saham A.S patuh Syariah. Walau bagaimanapun, kepelbagaian tidak menjamin keuntungan atau melindungi daripada kerugian di pasaran yang merosot. Prestasi masa lalu bukanlah jaminan hasil masa depan dan seperti semua pelaburan, HLAL merangkumi beberapa risiko, termasuk kemungkinan kehilanga pelaburan prinsipal. Pelanggan disarankan untuk membaca dan memahami Prospektus, Prospektus Tambahan dan Lembar Fakta HLAL untuk mempertimbangkan objektif, risiko, caj, dan perbelanjaan pelaburan yang berkaitan dengan HLAL. Semua dokumen di atas boleh didapati di laman web HLAL, funds.wahedinvest.com.

LAMPIRAN A: Kertas Putih Metodologi Pelaburan

Metodologi pelaburan kami menggunakan lima langkah:

1. Kenal pasti kumpulan kelas-kelas aset yang sesuai untuk persekitaran pelaburan semasa

2. Pilih ETF kos rendah dan / atau sekuriti untuk mewakili setiap kelas aset

3. Tentukan toleransi risiko anda untuk mewujudkan portfolio yang sesuai untuk anda

4. Guna Teori Portfolio Moden untuk memperuntukkan antara kelas aset yang dipilih berdasarkan toleransi risiko anda

5. Pantau dan imbang semula portfolio anda secara berkala

Mengenal Pasti Kelas Aset

Langkah pertama dalam metodologi kami adalah untuk mengenal pasti satu kumpulan kelas-kelas aset terpelbagai untuk berfungsi sebagai blok-blok bangunan untuk portfolio kami. Kami mengambil kira setiap tingkah laku sejarah jangka panjang kelas-kelas aset dalam senario ekonomi yang berbeza, hubungan ‘risiko-return’ yang dikonseptualisasikan dalam teori-teori harga aset, dan tingkah laku yang dijangkakan ke hadapan berdasarkan trend sekular jangka panjang serta persekitaran makroekonomi. Kami juga menilai setiap kelas aset terhadap potensinya untuk membawa pertumbuhan modal dan penjanaan pendapatan, volatiliti, korelasi dengan kelas aset lain (kepelbagaian), pelindungan inflasi, dan kos untuk dilaksanakan melalui ETF serta kecekapan cukai.

Kelas-kelas aset jatuh di bawah tiga kategori yang luas: saham, bon (Sukuk) dan aset inflasi. saham, walaupun turun naik yang tinggi, memberikan pendedahan kepada pertumbuhan ekonomi dan menawarkan peluang untuk keuntungan modal jangka panjang. Stok menyediakan pelindungan inflasi jangka panjang yang berkesan dan secara relatif ianya juga efisien-cukai disebabkan oleh kerana percukaian yang kurang ke atas keuntungan modal jangka panjang dan dividen saham (berbanding dengan cara pendapatan biasa dikenakan cukai).

Sukuk (Bon Islamik) dan sekuriti seperti bon adalah kelas aset penghasil pendapatan yang paling penting untuk pelabur yang mencari pendapatan. Walaupun Sukuk mempunyai jangkaan pulangan yang lebih rendah, mereka menyediakan kusyen untuk portfolio saham berat semasa pergolakan ekonomi disebabkan turun naik yang rendah dan korelasi yang rendah dengan stok. Aset yang melindungi pelabur dari inflasi dalam persekitaran inflasi sederhana dan tinggi termasuk Hartanah dan Komoditi. Harga mereka cenderung sangat dikaitkan dengan inflasi.

Berdasarkan analisis menyeluruh, pasukan pelaburan kami kini bekerja dengan kelas aset yang disenaraikan dalam jadual di bawah:

Aset Manfaat
Ekuiti Global Pertumbuhan modal, pelindungan daripada inflasi jangka masa panjang serta kecekapan cukai
Ekuiti Pasaran Membangun Pertumbuhan modal, pelindungan daripada inflasi jangka masa panjang serta kecekapan cukai
Sukuk Pendapatan, volatiliti yang rendah serta kepelbagaian portfolio
REIT Tempatan Pendapatan, pertumbuhan modal, kepelbagaian portfolio
Emas Kepelbagaian portfolio, perlindungan daripada inflasi.
Pasaran Wang Pendapatan, perlindungan daripada inflasi

Memperuntukkan Aset

Mean-Variance Optimization

Wahed menentukan campuran optimum kelas-kelas aset kami yang dipilih dengan menyelesaikan "Efficient Frontier" dengan menggunakan Mean-Variance Optimization (MVO) (Markowitz, 1952), asas Modern Portfolio Theory. ‘Efficient Frontier’ mewakili portfolio yang menghasilkan pulangan maksimum untuk setiap tahap risiko. Setiap portfolio dicipta dengan memilih gabungan kelas aset tertentu yang memaksimumkan pulangan yang dijangkakan untuk tahap risiko tertentu, atau setara, sesuatu gabungan yang meminimumkan risiko untuk pulangan yang diharapkan. MVO mengira ‘risk-return’ ‘trade-off’ terbaik apabila menggabungkan kelas aset dalam portfolio.

Sebagai tambahan kepada pembinaan portfolio, kami juga menggunakan MVO sebagai alat kuantitatif penting untuk menilai berapa banyak kelas aset yang perlu kita gunakan dalam portfolio. Jika menambahkan kelas aset ke dalam sesebuah campuran meningkatkan sempadan (frontier) yang cekap, maka ia meningkatkan ‘risk-return’ ‘trade-off’, (iaitu menawarkan pulangan yang lebih tinggi untuk tahap risiko yang sama atau risiko yang lebih rendah untuk tahap pulangan yang sama).

MVO menyediakan rangka kerja matematik yang kuat untuk menilai ‘risk-return’ dan ‘trade-offs’ sesebuah portfolio. Seperti yang akan anda lihat nanti di dalam kertas ini, kami juga menggunakan pendekatan kuantitatif lain dan penilaian kualitatif apabila memilih portfolio untuk dikendalikan.

Andaian Pasaran Modal

MVO memerlukan, sebagai input, anggaran untuk sisihan piawai setiap kelas aset, korelasi dan jangkaan pulangan.

Untuk menganggarkan sisihan piawai (volatiliti) mana-mana kelas aset, kami menilai sejarah sisihan piawai jangka panjang, sisihan piawai jangka pendek, dan ketidaktentuan yang dijangkakan oleh harga dalam pasaran pilihan. Anggaran sejarah jangka panjang mendapat manfaat daripada saiz sampel yang lebih besar, anggaran jangka pendek menangkap evolusi pasaran dan pasaran pilihan membayangkan volatiliti yang berpandangan ke hadapan. Untuk menganggarkan korelasi, kami menganggap korelasi sejarah jangka panjang dan korelasi jangka pendek.

Untuk menganggarkan jangkaan pulangan setia kelas aset, kami mulakan dengan Model Penetapan Aset Modal (Capital Asset Pricing Model atau CAPM) (Sharpe, 1964) sebagai anggaran dasar. CAPM memperoleh pulangan yang dijangka, dalam keseimbangan pasaran di bawah andaian tertentu, dan ia menyatakan bahawa pulangan yang dijangkakan kelas aset, ditentukan oleh risiko sistematik seperti diukur oleh ‘beta’. Kelas aset yang lebih tinggi risikonya membawa jangkaan pulangan yang lebih tinggi. Kedua-dua MVO dan CAPM adalah komponen penting dalam Teori Portfolio Moden (MPT). Kami juga membentuk pandangan mengenai jangkaan pulangan jangka panjang untuk setiap kelas aset berdasarkan kadar faedah,’credit spread’, hasil dividen, pertumbuhan KDNK dan pembolehubah makroekonomi yang lain. Kami menggunakan model Black-Litterman (Black & Litterman, 1992) dan model pertumbuhan Gordon (Gordon, 1959) untuk menyesuaikan pemulangan CAPM dengan pandangan kami. Kami menolak perbelanjaan ETF daripada pulangan kasar bagi setiap kelas aset untuk menganggar pulangan bersih daripada sebarang yuran.

Kami mengemas kini anggaran-anggaran kami setiap tahun. Ini mungkin menyebabkan perubahan kecil kepada peruntukan aset yang kami syorkan. Portfolio pelanggan sedia ada diimbangi semula untuk mengambil kira anggaran baru jika perubahan dalam anggaran menyebabkan peratusan kelas aset tertentu jatuh di luar ambang yang diterangkan dalam bahagian pengimbangan semula di bawah.

Kekangan Portfolio

Sebagai tambahan, untuk menganggar parameter dengan teliti untuk MVO, kami menguatkuasakan kekangan peruntukan minimum dan maksimum bagi setiap kelas aset. Kaedah ini digunakan secara meluas untuk memastikan kepelbagaian portfolio yang betul, mengurangkan ralat penganggaran parameter dan menyatakan minat pelabur.

Jenis Pelaburan

Wahed menggunakan Dana Didagangkan Bursa (ETF) yang rendah kos dan berasaskan indeks untuk mewakili setiap kelas aset. Sebaliknya, banyak penasihat kewangan telah mencadangkan unit amanah yang diurus secara aktif. Pemilihan unit amanah adalah mudah kerana mereka boleh pilih dengan senang menggunakan sistem penarafan yang terkenal yang ditawarkan oleh Morningstar. Pada tahun 2010, Morningstar mengakui sistem penarafannya tidak berjaya mengenal pasti Unit Amanah yang boleh mengatasi pasaran pada masa akan datang (Kinnel, 2010). Tidak menghairankan, sejumlah besar penyelidikan telah diterbitkan yang menunjukkan bahawa majoriti Unit Amanah (65-75%) mencapai prestasi yang rendah, iaitu di bawah prestasi pasaran (Bogle, 2009; Malkiel, 2012) dan Unit Amanah yang mengatasi prestasi pasaran dalam satu tempoh tidak mungkin mengungguli prestasi pasaran dalam tempoh yang berikutnya . Kertas yang banyak disebutkan dalam subjek itu menunjukkan Unit Amanah tidak dapat mencapai prestasi dana indeks Vanguard S&P 500® dengan jumlah purata 2.1% setahun sebelum cukai dalam tempoh 20 tahun disebabkan oleh yuran yang tinggi dan pemilihan saham yang lemah (Arnott, Berkin, & Ye , 2000).

Syarikat secara berkala mengkaji keseluruhan populasi ETF yang mematuhi Syariah untuk mengenal pasti yang paling sesuai untuk mewakili setiap empat kelas aset yang disyorkan. Kami mencari ETF yang meminimumkan kos dan kesilapan pengesanan, menawarkan kecairan pasaran yang mencukupi, dan mematuhi piawaian Islam.

Jika ETF sedemikian tidak tersedia, sekuriti, unit amanah, atau sebuah instrumen akan dipilih untuk meniru profil kelas aset yang berkenaan.

Mengenal Pasti Tahap Risiko Anda

Daripada menanyakan 25 pertanyaan tipikal yang diminta oleh penasihat kewangan untuk mengenal pasti toleransi risiko individu, Syarikat telah meneliti penyelidikan ekonomi tingkah laku untuk mempermudahkan proses pengenalan risiko kami kepada hanya beberapa soalan. Contohnya, kita dapat menganggarkan pertumbuhan pendapatan individu dan kadar simpanan berdasarkan umur individu dan pendapatan semasa. Kami meminta soalan pelanggan prospektif itu untuk menilai keupayaan objektif mereka untuk mengambil risiko dan kesediaan subjektif untuk mengambil risiko. Pandangan kami adalah, algoritma yang canggih dapat melakukan tugas yang lebih baik untuk menilai risiko daripada penasihat tradisional purata.

Kami tanya soalan risiko yang subjektif untuk menentukan tahap risiko yang seseorang individu itu bersedia untuk ambil dan juga untuk melihat konsistensi di antara jawapan-jawapan individu tersebut. Semakin kurang konsisten jawapannya, semakin sedikit risiko yang pelabur itu boleh terima. Contohnya, jika individu bersedia mengambil banyak risiko dalam satu kes dan sangat sedikit di antara yang lain, maka individu itu tidak konsisten dan oleh itu diberikan skor toleransi risiko yang lebih rendah daripada purata jawapan individu yang tersebut.

Kami bertanya soalan risiko yang objektif untuk menganggarkan sama ada individu mempunyai cukup wang yang disimpan semasa bersara untuk membiayai keperluan perbelanjaan individu. Semakin besar pendapatan lebihan, semakin banyak risiko pelanggan tersebut boleh terima. Sebaliknya jika pendapatan persaraan yang dijangka seseorang individu itu kurang daripada keperluan perbelanjaan sewaktu persaraan, maka dia tidak boleh mengambil risiko yang banyak di dalam pelaburannya.

Kami akan menghantar e-mel kepada pelanggan kami setiap suku tahun untuk bertanya jika ada apa-apa dalam profil kewangan mereka yang telah berubah dan boleh menjejaskan toleransi risiko mereka. Sebagai contoh, perkahwinan, kelahiran anak, kenaikan pangkat, pertukaran pekerjaan yang membayar gaji jauh lebih tinggi boleh memberi impak besar kepada skor risiko yang kami gunakan dan ia boleh menganggu campuran pelaburan yang ideal untuk pelanggan. Di samping itu, kami secara beransur-ansur melaraskan campuran pelaburan pelanggan ketika mereka meningkat umur untuk memastikan bahawa mereka tidak mengalami banyak turun naik dalam nilai portfolio mereka kerana masa persaraan mereka akan semakin dekat.

Kami membenarkan pelanggan mengubah skor risiko mereka sekali setiap 30 hari, sekiranya mereka mahukan peruntukan yang lebih konservatif berdasarkan keadaan masing-masing. Kami memberi amaran kepada mereka terlebih dahulu bahawa ia mungkin tidak sesuai untuk matlamat utama mereka. Kami mengehadkan skor risiko untuk ditukar hanya sekali setiap 30 hari kerana kami tidak mahu ianya digunakan sebagai alat pemasa pasaran. Kami juga boleh mengehadkan bilangan kali seseorang pelanggan boleh menukar skor risikonya supaya pelanggan itu tidak lagi mencuba untuk memilih masa untuk memasuki pasaran. Firma ini tidak menggalakkan pemasaan pasaran (market timing) kerana kami percaya ia merupakan salah satu kesilapan yang paling serius yang boleh dibuat oleh pelabur individu.

Pengimbangan semula dan Pemantauan berterusan

Portfolio yang dibuat menggunakan teknik berasaskan MPT tidak akan sentiasa optimum. Komposisi mana-mana portfolio pelaburan akan secara semula jadi hanyut apabila pasaran modal bergerak dan prestasi pegangan tertentu melebihi prestasi pegangan yang lain. Ini biasanya menghasilkan dua kesan sampingan: (1) peningkatan risiko portfolio apabila bahagian ekuiti portfolio meningkat daripada peruntukan asalnya, dan (2) Campuran peruntukan menjadi tidak optimum. Untuk mempertahankan tahap risiko dan peruntukan aset yang dimaksudkan, portfolio mesti diimbang semula secara berkala untuk kembali semula ke sasaran asalnya.

Kami mengambil kira ketidaktentuan yang dikaitkan dengan setiap kelas aset yang dipilih apabila menentukan masa dan cara untuk mengimbangi semula portfolio anda. Walaubagaimanapun, kami tidak mengambil kira implikasi cukai.

Kami sentiasa memantau portfolio klien kerana platform kami direka bentuk untuk memberi amaran kepada pasukan pengurusan pelaburan kami apabila sebarang langkah portfolio di luar sisihan piawai yang ditetapkan dan / atau menetapkan peruntukan aset yang optimum.

Kesimpulannya

Wahed menggabungkan kebijakan pasukan pengoptimalan bertaraf dunia dengan alat-alat pengoptimuman terkini untuk mengenal pasti portfolio yang cekap. Kami berusaha untuk menyampaikan pulangan maksimum yang bersih daripada sebarang pembayaran yuran, selepas cukai serta pulangan pelaburan sebenar yang terikat kepada toleransi risiko khusus setiap pelanggan. Ini bermakna kami akan terus mencari cara yang bermakna untuk memperbaiki metodologi pelaburan kami di masa depan sambil memantau secara berterusan dan mengimbangi portfolio pelanggan kami secara berkala untuk memaksimumkan pulangan sambil mengekalkan toleransi risiko yang dikira. Kami percaya proses ini akan membawa kepada hasil kewangan jangka panjang yang sangat baik untuk pelanggan kami.